ad
AGENDA

Tuntutan palsu RM7 juta, pengarah urusan bergelar Datuk ditahan SPRM

13 Sep 2022, 7:53 AM
Tuntutan palsu RM7 juta, pengarah urusan bergelar Datuk ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar Datuk ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta di Terengganu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu telah dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis (15 Sept).

"Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan sejak 2020 hingga Mei tahun ini dan ditahan di pejabatnya di Shah Alam, semalam," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.