ad
AGENDA

Selangor bina rumah khusus untuk golongan bujang, baru berkahwin

13 Sep 2022, 2:13 AM
Selangor bina rumah khusus untuk golongan bujang, baru berkahwin

KUALA SELANGOR, 13 SEPT: Kerajaan Selangor akan membina rumah satu dan dua bilik untuk disewakan kepada golongan bujang serta baru mendirikan rumah tangga.

Dato' Menteri Besar berkata pembinaan rumah tersebut dicadangkan di kawasan Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang dan Shah Alam.

Tambah Dato' Seri Amirudin Shari rumah berkenaan akan dikendalikan sepenuhnya Kerajaan Negeri bagi mengelak golongan yang tidak layak memohon rumah berkenaan.

“Kita tak nak taraf dan kualiti hidup terjejas apabila keluarga yang mempunyai enam anak mmeohon rumah ini kononnya untuk berjimat.

“Kita mahu berikan kepada yang bujang, baru berkahwin atau baru mempunyai seorang anak untuk duduki,” katanya.

Amirudin berkata demikikan pada majlis penyerahan kunci kepada 10 pembeli rumah kos rendah Taman Sungai Yu Indah di sini, semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.