ad
ADN

Enam keluarga terjejas banjir kilat terima bantuan segera RM500

12 Sep 2022, 3:46 AM
Enam keluarga terjejas banjir kilat terima bantuan segera RM500

SHAH ALAM, 12 SEPT: Enam keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Teras Jernang, Bangi menerima bantuan segera RM500 daripada wakil rakyat Sungai Ramal pada 23 Ogos lalu.

Mazwan Johar berkata bantuan berkenaan dihulurkan dua hari selepas tinjauan beliau ke kediaman mangsa bagi meringankan beban mereka.

"Sepanjang pertemuan dengan mangsa, mereka telah meluahkan beberapa punca masalah yang mengakibatkan terjadinya banjir di kawasan tersebut.

"Dalam perbincangan tersebut, butiran maklumat serta aduan yang disampaikan telah diambil maklum. Insya-Allah segala isu yang berbangkit dibawa kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut," katanya di Facebook.

Dalam pertemuan bersama keluarga berkenaan pada 21 Ogos, Mazwan dimaklumkan oleh penghulu Mukim Kajang bahawa kejadian banjir itu kali pertama sejak beliau menjadi penghulu kawasan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.