ad
AGENDA

Air pasang besar esok, penduduk Klang dan Kuala Selangor dinasihat waspada

10 Sep 2022, 9:34 AM
Air pasang besar esok, penduduk Klang dan Kuala Selangor dinasihat waspada
Air pasang besar esok, penduduk Klang dan Kuala Selangor dinasihat waspada

KLANG, 10 SEPT: Dato’ Menteri Besar menasihatkan penduduk di Klang dan Kuala Selangor bersedia menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata fenomena tersebut juga diramal berlaku beberapa kali pada bulan ini dengan jangkaan ketinggian lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Kita sudah beri amaran kepada penduduk dengan fenomena yang dijangka pada 11 September (esok), 14 dan 15 September dengan ketinggian lebih lima meter iaitu lebih tinggi dari tahun lalu sekitar hanya 4.8 meter.

“Bukan orang awam sahaja perlu berwasoada tetapi jabatan juga terutama di Klang, Kuala Selangor dan kawasan sekitar yang berpotensi banjir jika berlaku air pasang besar,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau projek menaik taraf saliran dan tembatan banjir di Sungai Melawis di sini, hari ini.

Semalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengingatkan penduduk daerah Klang bersedia menghadapi fenomena air pasang besar dan monsun timur laut mulai September hingga Disember ini.

Kenyataan tersebut memaklumkan paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka pada 12 September iaitu 5.5 meter, pada jam 7.18 pagi

Pada 11, 13 dan 28 September sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi pula, paras air laut diramal pada 5.4 meter manakala 14, 27 dan 29 September, paras air laut pada 5.3 meter sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.