ad
AGENDA

Selebriti ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur

9 Sep 2022, 3:26 PM
Selebriti ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur

SHAH ALAM, 9 SEPT: Seorang selebriti lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan, lapor Harian Metro.

Menurut sumber, suspek yang berusia 40-an ditahan semalam dan dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan tahanan reman.

Tambahnya, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang terlibat tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

"Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.