ad
AGENDA

Suami, isteri ditemui mati mengejut dalam rumah di Lukut

9 Sep 2022, 10:09 AM
Suami, isteri ditemui mati mengejut dalam rumah di Lukut

SEREMBAN, 9 SEPT: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Lukut dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 5.15 petang memaklumkan lelaki berusia 61 tahun dan isterinya, 58, itu disyaki tidak sedarkan diri.

“Polis dengan dibantu sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Port Dickson kemudian memecahkan mangga hadapan pintu jeriji rumah dan melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan. Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lukut telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati mangsa lelaki mempunyai sejarah rawatan darah tinggi manakala isterinya tiada sebarang sejarah rawatan kesihatan. Polis juga tidak menemukan sebarang unsur pelakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai 'mati mengejut’.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.