ad
PBT

MBSA anjur sukan rakyat, saringan percuma sempena hari tanpa kenderaan Ahad ini

7 Sep 2022, 12:25 PM
MBSA anjur sukan rakyat, saringan percuma sempena hari tanpa kenderaan Ahad ini
MBSA anjur sukan rakyat, saringan percuma sempena hari tanpa kenderaan Ahad ini

SHAH ALAM, 7 SEPT: Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai sukan rakyat sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 September.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mulai  7.30 pagi diceriakan dengan acara galah panjang, lari dalam guni, bola sepak kain pelikat, kelereng, kereta sorong manusia dan gelung batik ajaib.

Mengangkat tema Sukan Untuk Semua, acara bulanan itu turut menganjurkan acara fun run, berbasikal, klinik memanah, klinik silat, ‘eco free market’ dan urban picnic.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada pengunjung.

"Anda juga boleh membuat saringan kesihatan secara percuma di booth Klinik Siti. Orang ramai dijemput hadir," tulis di Facebook.

MBSA menganjurkan program Shah Alam Tanpa Kenderaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk bandar raya berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.