ad
ADN

Flat PKNS tidak lagi berdaya huni, perlu banyak pembaikan

7 Sep 2022, 10:50 AM
Flat PKNS tidak lagi berdaya huni, perlu banyak pembaikan

SHAH ALAM, 7 SEPT: Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 16 di sini tidak lagi berdaya huni dan memerlukan banyak proses baik pulih.

Wakil rakyat Kota Anggerik berkata projek perumahan yang dibina pada 1969 mengalami pelbagai masalah seperti sistem pendawaian, saliran dan kumbahan.

“Kalau kita lihat struktur luaran flat berkenaan, kita nampak ia masih utuh dan cantik. Tetapi dalamannya, ia memerlukan banyak proses baik pulih.

“Ia sudah berumur lebih 40 tahun, sebab itu saya pernah cadangkan supaya Kerajaan Negeri masukkan pelan pembangunan semula Flat PKNS Rancangan Selangor Pertama (RS-1),” kata Najwan Halimi.

Beliau bercakap demikian pada program bual bicara secara langsung yang disiarkan di Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV malam tadi.

Ketika membahaskan RS-1 dalam sidang Dewan Negeri Selangor Ogos lalu, Najwan turut memuji pelaksanaan rancangan itu yang wajar dijadikan contoh oleh semua negeri termasuk kerajaan persekutuan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.