ad
AGENSI

Jalan Teluk Piah Kanan, Kuala Selangor ditutup bagi kerja baik pulih

5 Sep 2022, 3:26 PM
Jalan Teluk Piah Kanan, Kuala Selangor ditutup bagi kerja baik pulih

SHAH ALAM, 5 SEPT: Jalan Teluk Piah Kanan berdekatan Assam Jawa Bukit Rotan, Kuala Selangor akan ditutup enam hari mulai esok bagi kerja baik pulih.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor berkata kerja pembaikan jalan yang dijangka siap pada 11 September itu dilaksanakan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

"Pengguna disaran menggunakan Jalan Bandar Baru Batu 2 dan Jalan Kampung Baru bagi menjamin keselamatan dan kelancaran.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di lokasi berkenaan," katanya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.