ad
AGENDA

Kajian: Bank Negara dijangka naikkan OPR, kali ketiga tahun ini

5 Sep 2022, 3:50 AM
Kajian: Bank Negara dijangka naikkan OPR, kali ketiga tahun ini

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.5 peratus pada minggu ini, menurut Moody’s Analytics.

Menurut badan itu, ia kenaikan kadar ketiga berturut-turut bertujuan untuk membantu mengurangkan inflasi negara dengan pemulihan ekonomi yang kukuh.

Katanya Indeks Harga Pengguna keseluruhan Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya.

“Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia jauh melebihi jangkaan, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan selepas sempadan dibuka semula sepenuhnya pada April,” katanya dalam kenyataan.

Di peringkat luaran, menaikkan OPR akan meningkatkan ringgit, yang telah merosot berbanding dolar AS dalam persekitaran kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.

Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7- 8 September. - BERNAMA

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.