ad
PBT

Sembilan aktiviti menarik sempena Karnival Ekstrem Gua Damai

5 Sep 2022, 3:13 AM
Sembilan aktiviti menarik sempena Karnival Ekstrem Gua Damai
Sembilan aktiviti menarik sempena Karnival Ekstrem Gua Damai

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjemput orang ramai memeriahkan Karnival Ekstrem Gua Damai pada 10 dan 11 September depan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan terdapat sembilan aktiviti menarik pada program yang diadakan di Taman Ekstrem Gua Damai di Kampung Wira Damai, Batu Caves.

“Jom datang beramai-ramai ke Karnival Ekstrem Gua Damai pada 10 dan 11 September 2022.

“Pelbagai aktiviti seperti terjun tapak, luncur keluang, tali imbangan, panjat batu dan 'paint ball' turut diadakan,” katanya di Facebook.

Hadiah cabutan bertuah turut menanti orang ramai pada karnival dua hari berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.