ad
AGENSI

Ratusan penduduk ambil peluang beli produk PKPS di program jualan murah

5 Sep 2022, 12:38 AM
Ratusan penduduk ambil peluang beli produk PKPS di program jualan murah
Ratusan penduduk ambil peluang beli produk PKPS di program jualan murah
Ratusan penduduk ambil peluang beli produk PKPS di program jualan murah

PETALING JAYA, 5 SEPT: Ratusan penduduk mengambil peluang berbelanja di Program Jualan Prihatin Rakyat bagi mendapatkan pelbagai produk keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada harga lebih murah.

Suri rumah, Sharifah Zuraida Syed Hussin, 57, berkata beliau datang bersama suami mengakui produk keluaran agensi berkenaan seperti sos, biskut dan sardin dijual lebih murah berbanding pasaran.

[caption id="attachment_538658" align="alignright" width="403"] Sharifah Zuraida Syed Hussin,57[/caption]

"Sebenarnya datang hendak lihat apa yang ada di program ini, rupanya macam-macam ada. Saya beli barangan barangan basah dan beli juga produk PKPS untuk mencubanya.

"Semua harga jualan produk agak murah berbanding di pasaran luar. Dapat juga menjimatkan kos perbelanjaan bulanan untuk keperluan dapur," katanya semalam.

Sementara itu, K Menachi,44, berkata ini merupakan pengalaman pertama beliau hadir ke jualan prihatin rakyat yang diusahakan Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_538659" align="alignleft" width="383"] K. Menachi,44[/caption]

"Saya lihat semua produk di bawa PKPS terutama sayuran dan buah segar selain harganya juga murah. Saya juga beli produk baharu mereka iaitu jagung dan kaya pandan.

"Program ini wajar diteruskan kerana membantu rakyat selain penjimatan berganda kerana dapat baucar RM10 diberikan oleh wakil rakyat," katanya.

Program jualan murah barangan asas itu dianjurkan bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Antaranya ayam dijual RM16 seekor, minyak masak (RM2.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan), sayur dan buah-buahan (harga dari ladang) serta ikan kembung/selayang (RM10 per pek).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.