ad
AGENDA

SPRM beri kepercayaan kepada MBI anjur kursus integriti kakitangan negeri

2 Sep 2022, 3:01 AM
SPRM beri kepercayaan kepada MBI anjur kursus integriti kakitangan negeri
SPRM beri kepercayaan kepada MBI anjur kursus integriti kakitangan negeri

SHAH ALAM, 2 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI diberi kepercayaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menganjurkan program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kepada individu serta kumpulan yang bekerja di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek berkata dalam tempoh terdekat seramai 60 peserta membabitkan kakitangan anak-anak syarikat MBI dan syarikat berkaitan kerajaan menyertai kursus berkenaan.

"Sebelum ini kursus ini dianjurkan sendiri oleh SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan mereka yang berminat mengikuti kursus ini perlu menunggu lama kerana ia melibatkan pendaftaran dan terhad.

"Jadi apabila MBI diberi kepercayaan menganjurkan kursus ini, proses itu dapat dipercepatkan. Kita hanya anjur dengan sediakan tempat dan kemudahan. Dari segi latihan dan kursus masih dijalankan oleh SPRM," katanya selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Raja Muda Musa di sini, semalam.

Pada program yang dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari itu turut melancarkan Buku Panduan Integriti dalam usaha memerangi rasuah.

[caption id="attachment_538314" align="aligncenter" width="711"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) menunjukkan Buku Panduan Intergriti ketika Majlis Ikrar Bebas Rasuah Rakan Perniagaan dan Kumpulan Syarikat MBI di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.