ad
AGENSI

Jualan kendera saji ketika sambutan merdeka jana pendapatan

1 Sep 2022, 3:19 AM
Jualan kendera saji ketika sambutan merdeka jana pendapatan
Jualan kendera saji ketika sambutan merdeka jana pendapatan

AMPANG, 1 SEPT: Inisiatif Persatuan Kendera Saji Selangor mengadakan jualan sempena Hari Kebangsaan di Pandan Indah, di sini membantu peniaga menjana pendapatan selepas terjejas akibat Covid-19.

Khairul Izly Amri, 19, berkata sepanjang enam hari menjual makanan di Padang Perbandaran MPAJ, beliau mampu meraih keuntungan apabila menerima ramai pelanggan.

“Semasa penularan Covid-19, sumber pendapatan agak terjejas kerana penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Kita tidak dapat berniaga.

“Penganjuran program seperti ini bantu kita beroperasi lebih kerap. Harap program seperti ini diadakan selalu supaya peniaga kecil dapat bangkit semula,” katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_538141" align="alignleft" width="347"] Rokiah Harun[/caption]

Sementara itu pengunjung Rokiah Harun, 43, berkata lokasi tapak jualan berhampiran taman rekreasi memudahkan orang ramai mendapatkan juadah makanan.

“Kawasan sini sesuai kerana luas. Menu jualan juga banyak dan mudah untuk kami membuat pilihan,” katanya.

Bermula Jumaat lalu hingga hari ini, tapak jualan berkenaan disertai 15 peniaga kendera saji yang menjual pelbagai jenis makanan dan minum. bermula 5 petang hingga 12 malam.

Antaranya keropok lekor, mi goreng, char kuey teow, kebab, ayam goreng dan jus buah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.