ad
BERITA UTAMA

Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air

1 Sep 2022, 2:00 AM
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air
Tokoh watan sabung nyawa lawan penjajah demi kebebasan tanah air

Penentangan demi penentangan bagi membebaskan tanah air daripada kuasa asing bermula sejak kedatangan Portugis pada abad ke-16. Kuasa penjajah tidak senang duduk di wilayah ini.

Belanda, Siam dan Inggeris terpaksa berdepan dengan anak watan Malaysia. Tokoh demi tokoh hilang nyawa, diburu dan dibuang ke negara asing dalam usaha melawan ancaman kuasa luar.

Tidak terhitung sumbangan mereka dalam lakaran sejarah perlawanan, wartawan Nadiah Zamlus menyenaraikan sejumlah nama yang bangkit sejak abad ke-18.

Sultan Ibrahim Shah

■ Sultan Selangor kedua (1778-1826), anak Sultan Salehuddin Shah dianggap sultan yang gagah berani

■ bermusuh dengan Belanda lebih setahun dan memerangi penjajah itu sejak dari Melaka

■ antara pejuang yang menggalakkan Yamtuan Muda Riau keempat, Raja Haji Fisabilillah

memerangi Belanda di Melaka pada 1784

■ berjaya halau Belanda dari Selangor dengan bantuan Bendahara Tun Abdul Majid Pahang

pada 1784

■ kejayaan itu menandakan tamatnya pengaruh Belanda di Selangor dan Sultan Ibrahim

berkuasa semula

■ Sultan Ibrahim mangkat pada 1826 dan digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad

Laksamana Wan Ismail

■ lahir akhir tahun 1790-an, anak kepada Datuk Seri Paduka Raja Laksamana

Wan Muhammad Long

■ bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri sepanjang Perang Musuh Bisik antara

Kedah dan Siam antara 1821 sehingga 1842

■ strategi perang ini adalah orang Melayu berbisik-bisik sewaktu bergerak menyelamatkan

diri dari diketahui musuh

■ menyusun strategi perang dengan menjadikan Kerian sebagai markas gerakan Perang

Kedah-Siam

■ pada 1847 Sultan Zainal Rashid melantik Wan Ismail sebagai pembesar bertaraf penghulu

mukim di Langkawi

■ anak lelakinya Wan Muhammad (Mat) Saman adalah Perdana Menteri Kedah pertama dari

1870 hingga 1898

[caption id="attachment_538120" align="alignleft" width="500"] Makam Dol Said[/caption]

Dol Said

■ lahir 1773, nama sebenar Abdul Said Omar digelar sebagai Datuk Penghulu Naning Seri

Merah Raja Dol Said

■ Naning adalah wilayah antara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan

■ mula menentang British setelah kuasa luar itu tiba-tiba menjadikan Naning sebagai

sebahagian Melaka

■ pentadbiran Naning mulai terganggu ekoran pembayaran cukai yang diperkenal British

■ pada 1831 British menyerang Naning tetapi kalah kerana Dol Said dapat bantuan daripada penduduk Rembau dan Tampin

■ pada 1832 British menyerang semula dan Dol Said kalah selepas sekutunya memeterai

perjanjian persahabatan dengan British

[caption id="attachment_538123" align="alignright" width="417"] Arca yang terukir wajah Rentap[/caption]

Rentap

■ nama sebenar Libau anak Ningkan, wira orang Iban. Mula menentang Raja James Brooke dan

Raja Charles Brooke pada 1844

■ terkenal dengan kata-kata Agi Berdarah Agi Ngelaban, Agi Idup, Agi Ngelaban (Masih

Berdarah, Masih Melawan, Masih Hidup Masih Melawan)

■ sebab menentang kerana Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.

Meninggal dunia akibat sakit tua pada 1870

■ 100 tahun kemudiannya lahir seorang lagi pejuang, Rosli Dhobi yang lahir pada 1930

■ mula menentang setelah Charles Vyner Brooke

menyerahkan negeri kepada Britain

■ Rosli menikam bakal gabenor, Duncan George Stewart ketika lawatan dan bakal gabenor itu

mati di Hospital Singapura

■ walau gerakan itu gagal namun membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan

penduduk tempatan

Dato’ Maharaja Lela

■ nama sebenar Pandak Lam berketurunan Daeng Selili, berkedudukan di Istana Perak

sebagai Orang Besar Berlapan

■ menubuhkan gerakan membunuh Residen British pertama di Perak JWW Birch

■ penglibatan Birch dalam soal perhambaan mencabul terma Perjanjian Pangkor yang

menegah Residen mencampuri adat Melayu

■ bimbang kesan tidak baik ke atas orang Melayu dan percanggahan dengan nilai

tempatan menyebabkan rancangan disusun untuk menghalau British

■ Pasir Salak menjadi pusat gerakan dengan diketuai Dato’ Maharaja Lela dan Dato’

Sagor dan akhirnya Birch dibunuh

■ British menyerang kampung Melayu. Dato’ Maharaja Lela dibawa ke mahkamah,

dibicarakan dan dihukum gantung pada 1877

Yamtuan Antah

■ nama sebenar Tunku Antah Raja Radin

■ menentang Datuk Klana Petra Syed Abdul Rahman al-Qadri Undang Luak Sungei Ujong

dan British kerana mengambil wilayah Terachi pada 1874

■ bimbang dengan perluasan kuasa Datuk Klana Petra Syed Abdul Rahman dan British,

Yamtuan Antah menyerang Sungei Ujong pada November 1875

■ Sungei Ujong dengan askar Negeri-negeri Selat menyerang balas pasukan Yamtuan Antah dan

mara ke Seri Menanti

■ 1875, Yamtuan Antah tewas, larikan diri ke Singapura. Seri Menanti ditawan Sungei Ujong

menyebabkan Baginda terpaksa berunding dengan British

■ hasil rundingan Baginda diiktiraf Yamtuan Besar Seri Menanti pada 1876 manakala Sungei Ujong, Jelebu dan Rembau diakui sebagai negeri bebas

Mat Kilau

■ lahir sekitar 1848, anak jati Kampung Pulau Tawar di Jerantut, Pahang

■ menentang penjajahan British pada akhir abad ke-19 kerana campur tangan dalam pemerintahan Pahang

■ berjuang bersama bapanya, Tok Gajah dan pahlawan Pahang yang lain seperti Datuk Bahaman

dan Mat Kelubi

■ perjuangan Mat Kilau dapat sokongan padu ulama terkenal Terengganu Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut dari Kelantan

■ berita kematian Mat Kilau dilapor akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895

■ namun pada 26 Disember 1969 Mat Kilau muncul semula di kampung kelahirannya. Meninggal dunia pada usia 122 tahun

[caption id="attachment_538122" align="alignleft" width="500"] Makam Mat Salleh[/caption]

 

Mat Salleh

■ nama sebenar Datu Muhamad Salleh bin Datu Balu. British mencemburuinya kerana mampu

memimpin dalam masyarakat berbilang etnik

■ kedudukannya tercabar apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) perkenal

cukai dianggap menceroboh hak masyarakat tempatan pada 1895

■ diancam British akibat kedegilan dan difitnah sehingga British mengumumkan Mat Salleh adalah

buruan yang dikehendaki

■ terkorban selepas kubunya di kaki Gunung Kinabalu diserang pada Februari 1900

■ 20 tahun kemudian, pejuang Murut, Antanom atau nama sebenar Ontoros Buyusan pula menentang SBBUB

■ menentang British yang mengenakan cukai kepala dan menangkap mereka yang tidak

membayarnya

■ dipercayai mati dibunuh British dalam peristiwa Rundum 1915, ketika berusia lingkungan 20-an

[caption id="attachment_538121" align="alignright" width="500"] Makam Tok Janggut[/caption]

Tok Janggut

■ nama sebenar Mohd Hassan Munas

■ pulang ke tanah air dan melihat masyarakat di Pasir Puteh ditekan dengan sistem cukai British

yang menjajah Tanah Melayu

■ mula menentang British di Kelantan semasa Perang Dunia Pertama meletus pada 1914

■ marah dengan sikap pegawai daerah dari Singapura yang tidak sopan dengan penduduk

yang berurusan di pejabat

■ British kenakan cukai tidak munasabah sebabkan dia menentang bersama 1,000 pengikut

■ terkorban di tangan askar British pada 1915, mayatnya dibawa ke Kota Bharu sebelum dikebumi

di Seberang Sungai, Pasir Pekan

[caption id="attachment_538124" align="alignleft" width="500"] Gambar kenangan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong[/caption]

Haji Abdul Rahman Limbong

■ nama sebenar Abdul Rahman Abdul Hamid, lahir pada 1868

■ sekitar 1920, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di Kuala Telemong hingga

ke Ulu Telemong

■ cukai tidak masuk akal dikenakan, timbul perasaan tidak puas hati khususnya

penduduk pedalaman

■ Abdul Rahman Limbong seorang agamawan, beliau juga bijak dalam selok-belok persoalan

dunia dan pernah menjadi peguam

■ selepas beberapa siri penentangan, dia ditangkap British serta dikenakan tuduhan

terlibat dengan pemberontakan pada 1928

■ dihukum buang negeri ke Makkah, meninggal pada 1929 dan dikebumikan di sana

[caption id="attachment_538119" align="alignright" width="400"] Gambar Kiai Haji Salleh[/caption]

Kiai Haji Salleh

■ nama sebenar Salleh Abd Karim, lahir pada 1916 di Tanjung Olak, Bukit Pasir Muar

■ terkenal menentang komunis semasa Bintang Tiga berleluasa selepas Perang Dunia

Kedua tamat pada 1945, mengetuai kumpulan Selempang Merah

■ kemuncak penentangan berlaku apabila komunis mengganggu aktiviti solat jemaah

■ berbekalkan senjata parang panjang, Haji Salleh dan pengikut menyerang kubu

Bintang Tiga di sekitar Muar dan Batu Pahat

■ disebabkan itu komunis tidak lagi melakukan kekejaman terhadap orang Melayu

■ meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru akibat penyakit paru-paru pada 21 April 1959

Sumber

Kertas kerja ‘Perjuangan pemimpin tempatan menentang British’ oleh Dr Noraini Mohamed Hassan dalam Seminar Guru Sejarah pada

10-11 Ogos 2017

Sejarah Selangor (1971) karya Haji Buyong Adil

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.