ad
AGENSI

Hampir 300 pokok pelbagai spesies ditanam di Pusat Konservasi Kelip-Kelip

30 Ogos 2022, 12:37 AM
Hampir 300 pokok pelbagai spesies ditanam di Pusat Konservasi Kelip-Kelip

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menanam hampir 300 pokok pelbagai spesies di Pusat Konservasi Kelip-Kelip, Sungai Panjang, Sabak Bernam, pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya berkata penanaman 200 pokok berembang, 20 pokok sagu, 10 pokok nipah dan 66 pokok kelapa bagi memelihara habitat serta populasi kelip-kelip di kawasan terbabit.

"Selain itu, ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat apabila pelancong dari dalam dan luar negeri datang melihat kelip-kelip," kata Suhaimi Khalidi dalam kenyataan.

Beliau berkata program penanaman pokok disertai komuniti setempat selain pejabat daerah dan tanah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam, ibu pejabat polis daerah Sabak Bernam serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam.

Menurutnya, agensi lain turut serta ialah Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perparitan dan Saliran Sabak Bernam, Jabatan Perhutanan Daerah Sabak Bernam serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.