ad
NASIONAL

Teknologi penapis punca jualan palsu air zamzam dikesan

29 Ogos 2022, 7:27 AM
Teknologi penapis punca jualan palsu air zamzam dikesan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Teknologi penapis yang menghasilkan air seakan rasa air zamzam antara faktor menyebabkan jualan air tersebut dikesan di pasaran ketika ini.

Timbalan menteri hal ehwal agama berkata air zamzam tidak dijual di negara ini selaras undang-undang Arab Saudi yang melarang air itu diperdagang, lapor Berita Harian.

"Air zamzam tidak dijual di pasaran. Hanya agensi berkaitan urusan haji dan umrah dibenarkan membawa pulang air zamzam untuk diagihkan kepada jemaah secara percuma. Tiada jual beli.

"Tapi sekarang ada beberapa penapis air tertentu yang mempunyai rasa seperti air zamzam. Itu yang menyebabkan berlakunya pemalsuan," kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor menumpaskan satu sindiket membotolkan air zamzam disyaki palsu selepas menyerbu sebuah kilang di Taman Ekoperniagaan 2, Senai.

Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di negara ini mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zamzam.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.