ad
ADN

Warga Pandan dipelawa sertai pertandingan nyanyian sempena Bulan Kemerdekaan

29 Ogos 2022, 4:09 AM
Warga Pandan dipelawa sertai pertandingan nyanyian sempena Bulan Kemerdekaan
Warga Pandan dipelawa sertai pertandingan nyanyian sempena Bulan Kemerdekaan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Warga Pandan yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa menyertai Pertandingan Pandan Buskers anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah.

PKM DUN Pandan Indah menerusi Facebook memaklumkan pertandingan sempena sambutan bulan kemerdekaan itu diadakan di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana pada 31 Ogos jam 8.30 pagi.

"Berita baik untuk para pemuzik jalanan semua! Penggerak Belia Selangor (Pebs) Pandan Indah dengan kerjasama PKM Dun Pandan Indah akan menganjurkan Pertandingan Pandan Buskers sempena bulan kemerdekaan.

"Penyertaan adalah percuma. Hanya sepuluh peserta solo atau berkumpulan terawal sahaja, nyanyian dua lagu dan keutamaan diberi kepada warga Pandan," maklum PKM Pandan Indah.

Tambah pusat khidmat masyarakat itu lagi, pemenang bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 (juara), RM800 (naib juara), RM600 (tempat ketiga) dan RM400 (saguhati).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.