AGENDA

Covid-19: 2,191 kes baharu, dua pesakit meninggal dunia

29 Ogos 2022, 12:35 AM
Covid-19: 2,191 kes baharu, dua pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 2,191 kes semalam berbanding 2,491 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak  4,776,194 kes dengan 32,901 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 31,527 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,282 kes menerima rawatan di hospital, 73  kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 19 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 64.4 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 19.6 peratus.

Semalam, sebanyak 2 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,198 orang kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.