SHAH ALAM, 27 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 3,118 kes semalam berbanding 3,206 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,771,512 kes dengan 35,737 daripadanya kes aktif.
Setakat semalam, 34,294 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,345 kes menerima rawatan di hospital, 75 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 23 kes di pusat kuarantin sementara.
Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 62.9 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 20.1 peratus.
Semalam, sebanyak enam kematian dilaporkan termasuk tiga di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,145 orang kes.