ad
AGENDA

MB rasmi pecah tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, siap hujung 2025

26 Ogos 2022, 5:32 AM
MB rasmi pecah tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, siap hujung 2025
MB rasmi pecah tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, siap hujung 2025

SHAH ALAM, 26 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari hari ini merasmikan majlis pecah tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, satu lagi projek kediaman mampu milik bawah negeri.

Dalam ucapannya, beliau berkata projek berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dilengkapi pelbagai kemudahan mula dibina Julai lalu dan dijadual siap suku ketiga 2025.

“Ia bukan sekadar pecah tanah sahaja kerana selalunya majlis seperti ini tiada apa-apa di tapak. Tetapi hari ini di tapak kerja-kerja sudah bermula seperti penanaman cerucuk.

“Ini bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha memenuhi keperluan masyarakat dan penduduk setempat serta impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Projek tersebut dibangunkan Gagasan Nadi Cergas bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merangkumi 1,260 unit, dilengkapi separa perabot bernilai RM250,000 seunit.

[caption id="attachment_537382" align="aligncenter" width="703"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat model Rumah Idaman Bukit Jelutong di Galeri Jualan Rumah Idaman Bukit Jelutong, Shah Alam pada 26 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, setiap unit diberikan set televisyen, peti sejuk, kabinet dapur, almari pakaian, pemanas air, pendingin hawa dan dua parkir.

Kemudahan lain termasuk kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna, gelanggang badminton, prasekolah, bilik bacaan, taman permainan, trek joging dan taman atas bumbung.

Rumah Idaman antara inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bagi membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman selesa.

Setakat Jun lalu, sebanyak 31 projek diluluskan dengan sasaran 78,182 unit rumah dibina.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.