ad
AGENDA

HARAPAN guna satu logo dalam PRU15, reka bentuk baharu dipertimbang

25 Ogos 2022, 2:07 AM
HARAPAN guna satu logo dalam PRU15, reka bentuk baharu dipertimbang

SHAH ALAM, 25 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertanding bawah satu logo dengan reka bentuk baharu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Majlis presiden memaklumkan perkara itu antara beberapa ketetapan penting yang diputuskan dalam menyuarat bulannya semalam.

"Dalam menghadapi PRU15, Harapan akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi (penyatuan) bagi memperkukuh parti.

"HARAPAN juga akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan. Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohammad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.