ad
AGENSI

Selcare tawar pemeriksaan kesihatan serendah RM109 sempena bulan kemerdekaan

25 Ogos 2022, 12:10 AM
Selcare tawar pemeriksaan kesihatan serendah RM109 sempena bulan kemerdekaan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Klinik Selcare menawarkan pemeriksaan kesihatan serendah RM109 untuk dua orang berbanding harga asal RM140 sempena bulan kemerdekaan.

Selcare memaklumkan orang ramai boleh melakukan pemeriksaan gula dalam darah, buah pinggang, hati dan ujian urin termasuk konsultasi doktor tidak dikenakan caj sepanjang promosi yang berakhir 30 September.

"Manfaatkan promo istimewa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama kami dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat," katanya di Facebook.

Selcare memaklumkan sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 24 jam 1800-22-6600 atau melayari [email protected]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.