ad
BERITA UTAMA

EXCO: Landasan Lumayan cari dana RM700 juta perluas, kukuh tebing Sungai Klang

24 Ogos 2022, 2:34 AM
EXCO: Landasan Lumayan cari dana RM700 juta perluas, kukuh tebing Sungai Klang
EXCO: Landasan Lumayan cari dana RM700 juta perluas, kukuh tebing Sungai Klang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) diberi tanggungjawab mencari dana RM700 juta bagi melaksana projek mendalamkan Sungai Klang.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata projek berkenaan juga membabitkan kerja pengukuhan tebing sepanjang 56 kilometer dari sempadan Kuala Lumpur hingga ke Klang.

[caption id="attachment_500647" align="alignright" width="423"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Daripada jumlah itu, RM155 juta sahaja membabitkan kawasan sekitar Taman Sri Muda dengan kerja ini akan dilakukan seawal Januari depan.

“Kenapa projek ini (mendalamkan sungai) penting? Kerana apabila berlaku hujan lebat dengan aliran air ke Sungai Klang (banyak) dari Kuala Lumpur dan jika tidak didalamkan ia akan menyebabkan limpahan,” katanya, semalam.

Bercakap dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini, Izham berkata projek berkenaan mengambil masa tiga tahun dengan kapasiti sungai berkenaan dapat ditingkatkan kepada 30 hingga 50 peratus.

“Kita difahamkan pihak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga melakukan perkara yang sama, kalau kita tidak buat apa-apa, pasti air akan melimpah,” katanya.

LLSB, syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dilantik Kerajaan Negeri pada 1 Jun 2018 untuk melaksanakan aktiviti pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan menerusi projek Gerbang Maritim Selangor .

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.