ad
PBT

Jaga keselamatan pengunjung, MPKL tebang pokok reput di Pantai Morib

23 Ogos 2022, 9:21 AM
Jaga keselamatan pengunjung, MPKL tebang pokok reput di Pantai Morib

SHAH ALAM, 23 OGOS: Beberapa pokok berusia yang sudah reput dan mati di Pantai Morib ditebang pagi tadi demi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata kerja penebangan oleh kontraktor lantikan itu juga bagi mengindahkan lagi pantai yang sering dikunjungi pelancong.

"Kerja penebangan pokok hanya akan dilakukan sekiranya usia pokok tersebut reput atau mati yang boleh mengundang bahaya akibat risiko tumbang.

"Sekiranya pokok masih stabil dan sihat maka hanya kerja cantasan sahaja yang akan dilakukan," katanya menerusi Facebook.

MPKL turut menggalakkan orang ramai menghargai setiap pokok yang memberi sumber oksigen kepada bumi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.