ad
AGENDA

MB lancar draf bangunkan kawasan Genting Highlands Hulu Selangor

23 Ogos 2022, 4:43 AM
MB lancar draf bangunkan kawasan Genting Highlands Hulu Selangor

BENTONG, 23 OGOS: Dato’ Menteri Besar hari ini merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Genting Highlands Hulu Selangor di Geo Resort & Hotel di sini.

Draf oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan PLANMalaysia Selangor bagi meningkatkan potensi pembangunan tanah sekitar Genting Highlands yang berada dalam kawasan Hulu Selangor.

Dokumen itu juga bakal menjadi garis panduan bagi melaksanakan pembangunan lestari yang tidak akan memberi dampak negatif kepada alam sekitar.

Selain Dato’ Seri Amirudin Shari, majlis tersebut turut dihadiri EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han, EXCO Pelancongan Hee Loy Sian dan Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd.

Pihak berkepentingan antaranya pemegang taruh dan pemilik tanah boleh menyemak laporan draf mulai 16 Ogos hingga 15 September di Lobi MPHS atau Pejabat PLANMalaysia Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.