ad
PBT

MPAJ proses 250kg sisa makanan jadi baja kompos, bahan bakar

23 Ogos 2022, 4:27 AM
MPAJ proses 250kg sisa makanan jadi baja kompos, bahan bakar

SHAH ALAM, 23 OGOS: Lebih 250 kilogram (kg) sisa pepejal diproses Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk dijadikan baja kompos dan bahan bakar semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiham Awam berjaya mengurai 81.5kg sisa nasi dan 172.9kg sisa makanan lain menggunakan mesin anaerobic digester.

"Sisa ini telah dikutip dan dibawa ke tapak pelupusan iaitu Pusat Anaerobic Digester.

"Tahukah anda pusat ini berfungsi menguraikan sisa makanan menjadi kompos serta menghasilkan bahan bakar," tulisnya di Facebook.

MPAJ menambah mesin itu juga selamat dan tidak menghasilkan sebarang pencemaran bau serta bau busuk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.