ad
AGENDA

Raja Muda rasmi Sunway Silk, terap ilmu tani moden kepada anak yatim

22 Ogos 2022, 3:04 PM
Raja Muda rasmi Sunway Silk, terap ilmu tani moden kepada anak yatim
Raja Muda rasmi Sunway Silk, terap ilmu tani moden kepada anak yatim

SHAH ALAM, 22 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyempurnakan Sunway Silk 2022 anjuran Selangor Youth Community (SAY) dan Sunway Group, semalam.

Tengku Amir Shah menghadiri program berkonsepkan penerapan ilmu pertanian moden itu di Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah Sungai Merab, Kajang.

Pegawai eksekutif khidmat masyarakat SAY berkata program tanggungjawab sosial korporat yang memasuki tahun ketiga itu menerapkan model ilmu pertanian menerusi konsep hidroponik sekali gus membuka peluang kepada penghuni pusat berkenaan menjadi usahawan tani.

Menurut Mohamad Nor Imran Md Shah, program dengan kerjasama pintar Sunway Future X Farm turut membekalkan set hidroponik kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

SAY dan Sunway Group menyasarkan 20 lagi penglibatan rumah kebajikan dan anak yatim di Selangor dan Kuala Lumpur menjelang 2024.

[caption id="attachment_536835" align="alignnone" width="709"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat kebun mini Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Rukaiyah ketika program CSR Sunway Silk 2022 anjuran Selangor Youth Community (SAY) di Sungai Merab, Kajang pada 21 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.