ad
AGENSI

Mais tawar potongan 50 peratus permohonan buat wasiat sempena merdeka

21 Ogos 2022, 9:32 AM
Mais tawar potongan 50 peratus permohonan buat wasiat sempena merdeka
Mais tawar potongan 50 peratus permohonan buat wasiat sempena merdeka

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan sebanyak 50 peratus bagi permohonan membuat wasiat sempena bulan kebangsaan.

Agensi memaklumkan tawaran istimewa itu bermula esok sehingga 18 September ini dan terhad kepada 2,000 pelanggan pertama.

"Rebutlah peluang ini dengan membuat wasiat untuk yang tersayang dan sebagai jariah yang berpanjangan," tulisnya di Facebook.

Mais juga menggalakkan pengguna mendaftar wasiat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau mengimbas kod respon pantas seperti tertera.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai wasiat boleh layari laman sesawang https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.