ad
BERITA UTAMA

Wakil rakyat disaran guna dana agih Jalur Gemilang, meriahkan hari kebangsaan

18 Ogos 2022, 1:30 PM
Wakil rakyat disaran guna dana agih Jalur Gemilang, meriahkan hari kebangsaan

SHAH ALAM, 18 OGOS: Setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) disaran menyediakan peruntukan bagi mengedar Jalur Gemilang menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata agihan bendera itu adalah sebahagian usaha menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di samping memeriahkan sambutan hari bersejarah itu.

“Wakil rakyat menerima peruntukan sekitar RM600,000 hingga RM800,000 setiap tahun. Kita minta mereka mengunakan sedikit peruntukan sedia ada mengagihkan bendera kerana tidak sampai RM10,000 untuk membelinya.

“Begitu juga setiap pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran melakukan perkara sama. Tidak banyak mungkin hanya RM500 dibelanjakan, tiada alasan untuk meraikan merdeka,” kata Borhan Aman Shah.

Tambahnya, dalam usaha menyemarakkan Hari Kebangsaan, Kerajaan Negeri meraikannya dengan mengarahkan agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Dua tahun kita tidak dapat raikan kerana pandemik Covid-19. Tahun ini kita minta semua pihak mengibarkannya untuk memeriahkan kemerdekaan.

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri supaya masyarakat lebih menghargai apa dikecapi,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.