ad
AGENDA

Sejarawan saran kajian mengenai Mat Kilau diterus

18 Ogos 2022, 8:05 AM
Sejarawan saran kajian mengenai Mat Kilau diterus

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kajian mengenai Mat Kilau perlu diteruskan memandangkan banyak bahan baharu mengenai tokoh itu ditemui, menurut tokoh sejarawan negara.

Prof Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria Ghazali berkata ketika ini hanya ada seorang pengkaji sejarah yang menerbitkan naskhah 'Pemberontakan Pahang'.

“Namun, pengkaji itu menggelar Mat Kilau sebagai pemberontak. Perkataan memberontak itu bermaksud menentang penguat kuasa, sedangkan Mat Kilau hanya menentang penjajah.

“Saya berpendapat, banyak cerita menarik yang disembunyikan dan saya harap kajian mengenai Mat Kilau dapat terus dilakukan,” katanya yang juga ahli majlis eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia.

Beliau berkata demikian pada Syarahan Darul Ehsan 'Mat Kilau: Mitoskah atau Realiti Sejarah' anjuran Universiti Selangor (Unisel) dan Institut Darul Ehsan (IDE) semalam.

Pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM) itu percaya banyak rekod mengenai kepahlawanan Mat Kilau masih berada di Pahang, namun ia dikhuatiri terjejas akibat dimakan anai-anai atau banjir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.