ad
AGENDA

Kes hilang upaya antara tuntutan tertinggi dibayar Perkeso Selangor

18 Ogos 2022, 1:01 AM
Kes hilang upaya antara tuntutan tertinggi dibayar Perkeso Selangor

KUALA SELANGOR, 18 OGOS: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor membuat pembayaran faedah caruman lebih RM126.5 juta membabitkan 58,719 kes sejak Januari hingga Julai lalu.

Pengarahnya berkata faedah tuntutan paling tinggi disalur membabitkan kes hilang upaya sementara diikuti hilang upaya kekal (RM58.4 juta) (RM50.9 juta) dan pencen penakat (RM5.98 juta).

Zainol Abu memaklumkan faedah tuntutan lain termasuk pengurusan mayat iaitu RM5.41 juta, pencen ilat (RM4.91 juta) dan orang tanggungan (RM759,393).

"Petaling merekodkan jumlah penerima manfaat tertinggi setakat ini. Biasanya proses untuk menyelesaikan tuntutan pencarum mengambil masa antara tujuh hingga 45 hari mengikut keadaan kes," katanya.

Beliau ditemui pada majlis serahan sumbangan kotak prihatin dan bayaran faedah pengurusan mayat kepada balu kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di kepala di sini semalam.

Pada 13 Jun lalu, Zainol memaklumkan pihaknya mempunyai prestasi indeks semasa (KPI) untuk melaksanakan proses bayaran kepada pencarum.

Beliau turut menasihatkan majikan membuat caruman terhadap pekerja supaya dapat dilindungi sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.