ad
AGENDA

Rakyat dipelawa kongsi pandangan untuk Belanjawan Selangor 2023

16 Ogos 2022, 6:18 AM
Rakyat dipelawa kongsi pandangan untuk Belanjawan Selangor 2023

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerajaan Negeri mempelawa rakyat menyertai tinjauan umum bagi berkongsi pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan Selangor 2023.

Kaji selidik bermula 25 Julai menerusi laman rasmi Dato' Menteri Besar, https://www.amirudinshari.com/selangor2023 bertujuan agar belanjawan tersebut menjadi lebih inklusif dan memanfaatkan semua pihak.

"Ayuh bersama memacu kesejahteraan masyarakat dan ekonomi negeri dengan menyertai kaji selidik Belanjawan Selangor 2023," menurut kenyataan itu.

Ia mengandungi tiga bahagian termasuk harapan rakyat terhadap belanjawan negeri pada tahun depan.

Pada 25 Julai lalu, Amirudin Shari menerusi Twitter mempelawa warga Selangor turut serta dalam kaji selidik itu kerana buah fikiran mereka dihargai bagi memastikan Belanjawan 2023 bersifat inklusif.

Dengan itu, belanjawan dirangka mampu memberi nilai tambah terhadap pembangunan yang memanfaatkan rakyat negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.