ad
PBT

Lori disita ketika leka buang sampah haram

16 Ogos 2022, 5:54 AM
Lori disita ketika leka buang sampah haram

SHAH ALAM, 16 OGOS: Sebuah lori disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ketika leka membuang sampah secara haram di Jalan Sijangkang Utama, Kuala Langat, semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata tindakan itu dilakukan hasil rondaan pegawai penguatkuasanya kira-kira jam 11.30 pagi.

"Pada awalnya, mereka memberi alasan sedang menambak tanah di situ tetapi kita mendapati mereka juga membawa dan membuang sampah.

"MPKL turut menyita sebuah jengkaut yang sedang meratakan sampah di kawasan tersebut (tanah persendirian)," kata Dato' Amirul Azizan Abd Rahim kepada Selangorkini hari ini.

Beliau berkata tindakan itu dibuat dibawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

"Sekiranya anda terlihat sebarang aktiviti pembuangan sampah haram, anda boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasa MPKL melalui talian 012-300 4217," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.