ad
BERITA UTAMA

Masjid Jamek Sungai Burong juara pertandingan video sembelih haiwan korban

15 Ogos 2022, 11:58 PM
Masjid Jamek Sungai Burong juara pertandingan video sembelih haiwan korban

SHAH ALAM, 16 OGOS: Masjid Jamek Sungai Burong, Tanjung Karang dinobat sebagai juara Pertandingan Sembelihan Halal Korban tahun ini, menurut EXCO Industri Halal.

Mohd Zawawi Ahmad Mughi berkata masjid itu memenangi wang tunai RM2,000 diikuti Madrasah Al-Jamai'ah (kedua) dan Surau Institut dan Daerah Dakwah Selangor (ketiga) masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000.

Manakala lima pemenang sagu hati yang terdiri daripada masjid, surau dan pusat sembelihan memperoleh wang tunai RM500.

"Pada 10 Julai 2022 yang lalu, Jawatankuasa Tetap Industri Halal Selangor menganjurkan Pertandingan Video Sembelih Korban bagi tahun 1444H/2022.

"Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) penilaian dibuat kepada 25 kumpulan (125 peserta) yang menghantar video sembelihan mengikut kreativiti masing-masing.

"Seterusnya, lapan video terbaik disaring untuk untuk penentuan juara," katanya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.