ad
AGENDA

Seorang lelaki ditemukan maut dengan beberapa kesan tembakan

12 Ogos 2022, 2:09 PM
Seorang lelaki ditemukan maut dengan beberapa kesan tembakan

SHAH ALAM, 12 OGOS: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terkena beberapa das tembakan, di kawasan deretan rumah kedai di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tembakan tersebut pada pukul 11.40 pagi tadi, dan ketika sampai di tempat kejadian lelaki warga tempatan berusia 30-an itu, ditemukan dalam keadaan tertiarap.

“Polis turut menemui sebuah motosikal dipercayai ditunggangi mangsa semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata pihak forensik turut menemukan beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian, dan pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tembakan.

Katanya, pihaknya menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.