ad
AGENSI

Sertai pertandingan e-sukan di Puchong, hadiah wang tunai menanti juara

12 Ogos 2022, 7:13 AM
Sertai pertandingan e-sukan di Puchong, hadiah wang tunai menanti juara
Sertai pertandingan e-sukan di Puchong, hadiah wang tunai menanti juara

SHAH ALAM, 12 OGOS: Peminat e-sukan dipelawa menyertai pertandingan Mobile Legends yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Puchong Utama Sabtu ini.

Team Selangor memaklumkan kejohanan Piala Parlimen Puchong terbuka kepada 64 pasukan dengan memberi keutamaan kepada warga kawasan berkenaan.

"Kejohanan Mobile Legends Parlimen Puchong 2022 kini bermula. Hadiah terkumpul sebanyak RM3,000 jadi rebutan," katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, pusingan awal pertandingan akan diadakan pada 19 Ogos jam 9 malam secara dalam talian manakala pusingan akhir pada Sabtu jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pasukan yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/HelangEsportDaftar atau mengimbas kod respon pantas yang tertera di poster sebelum 17 Ogos.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.