ad
AGENDA

Polis giat kesan suspek senjata parang cuba samun, pecah rumah

11 Ogos 2022, 9:55 AM
Polis giat kesan suspek senjata parang cuba samun, pecah rumah

IPOH, 11 OGOS: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes cubaan samun dan pecah rumah di pusat bandar raya ini seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian tersebut direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke sebuah rumah di Taman Tasek Indra di sini pada 5 Ogos lepas.

“Polis sedang mengesan suspek dalam kes yang berlaku kira-kira 6.40 pagi tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan dan meminta saksi kejadian agar membuat laporan di balai berhampiran.

Menerusi rakaman CCTV yang berdurasi 12 saat itu itu, seorang lelaki bersenjatakan parang dilihat meluru masuk menuju ke pintu rumah mangsa, namun sempat ditutup oleh tuan rumah manakala suspek terjatuh setelah memijak pelapik kaki sebelum melarikan diri.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.