ad
AGENDA

Kempen Jalur Gemilang dilancar, perkenal logo Hari Kebangsaan peringkat negeri

9 Ogos 2022, 9:41 AM
Kempen Jalur Gemilang dilancar, perkenal logo Hari Kebangsaan peringkat negeri
Kempen Jalur Gemilang dilancar, perkenal logo Hari Kebangsaan peringkat negeri

SHAH ALAM, 9 OGOS: Semua pihak diajak mengibar bendera Jalur Gemilang dan Selangor bagi menyemarak semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan ke-65 peringkat negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi surat pekeliling memaklumkan bendera hendaklah dikibarkan di bangunan kerajaan dan swasta termasuk premis perniagaan, kuarters, sekolah serta tempat ibadah dengan nisbah yang simbang.

"Semua pihak dimohon untuk memastikan semua premis kerajaan, swasta dan persendirian turut menceriakan bangunan serta mengindahkan persekitaran dengan pemasangan lampu pada waktu malam.

"Logo dan tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri boleh dimuat turun menerusi https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/5327 sebagai panduan," kata Dato' Haris Kasim.

[caption id="attachment_534783" align="aligncenter" width="500"] Tema #KitaSelangor Teguh Bersama dilancar sempena sambutan kemerdekaan ke-65 peringkat negeri[/caption]

.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.