ad
AGENDA

MAHA 2022: Sultan, Tengku Permaisuri berkenan kunjungi Pavilion Selangor

9 Ogos 2022, 7:18 AM
MAHA 2022: Sultan, Tengku Permaisuri berkenan kunjungi Pavilion Selangor

SERDANG, 9 OGOS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan berangkat mengunjungi Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj  bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah tiba kira-kira jam 9.15 pagi.

Mengiringi Baginda Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Menerusi lawatan tersebut, Sultan Sharafuddin berkenan melawat gerai-gerai pempamer yang menjual produk-produk keluaran usahawan di Selangor.

Baginda turut berkenan mengunjungi hasil tanaman tembikai wangi dan pameran haiwan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor.

MAHA 2022 bermula pada 4 hingga 14 Ogos merupakan pameran pertanian terbesar dan berprestij yang menghimpunkan 1,500 gerai pempamer dengan potensi nilai jualan lebih RM250 juta.

Sebanyak lapan laman disediakan antaranya pertanian dan penternakan selain menampilkan 22 segmen dengan tarikan tersendiri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.