ad
PBT

Beroperasi tanpa lesen, pusat sembelihan ayam ditutup serta-merta

8 Ogos 2022, 3:14 AM
Beroperasi tanpa lesen, pusat sembelihan ayam ditutup serta-merta

SHAH ALAM, 8 OGOS: Sebuah pusat penyembelihan ayam di Seksyen 3, Petaling Jaya ditutup serta-merta selepas dikesan beroperasi tanpa lesen Sabtu lalu.

Menurut Majlis Bandaraya Petaling jaya (MBPJ) premis itu juga melakukan kesalahan gagal mempamerkan sijil suntikan Typoid (Ty2), kotor dan tidak mematuhi sistem pembuangan sisa kumbahan.

"Tindakan tegas diambil dengan mengeluarkan notis penutupan serta-merta di samping kompaun bagi kesalahan premis kotor, tiada sijil suntikan Ty2 dan tiada lesen perniagaan yang sah," tulisnya di Facebook.

Pemeriksaan premis dijalankan lima anggota Unit Penguatkuasaan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ selepas mendapat aduan penduduk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.