ad
AGENDA

Pertandingan wau kapal tarik lebih 600 penyertaan

7 Ogos 2022, 7:43 AM
Pertandingan wau kapal tarik lebih 600 penyertaan

KLANG, 7 OGOS: Lebih 600 peserta menyertai pertandingan wau kapal anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini.

Wakil rakyatnya berkata ia membabitkan 100 pasukan peminat wau dari seluruh Selangor selain penyertaan dari negeri lain seperti Perak.

“Ini kali kedua kita menganjurkan pertandingan ini dan ia menerima lebih banyak penyertaan membabitkan 600 wau dengan pelbagai corak, selain menyaksikan peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk 'menerbangkan' wau.

“Wau ini akan diterbangkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan juri akan mengira berapa lama ia berada di udara sebelum markah dicatatkan,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pertandingan yang diadakan di Padang Taman Sri Andalas di sini, hari ini.

Pertandingan anjuran bersama Terkukur FC itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 bagi tempat pertama, RM700 (kedua) dan RM500 (ketiga).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.