ad
PBT

Lebih 4,000 gagak ditembak dalam operasi sekitar Subang Jaya

7 Ogos 2022, 4:58 AM
Lebih 4,000 gagak ditembak dalam operasi sekitar Subang Jaya

SHAH ALAM, 7 OGOS: Sebanyak 4,066 burung gagak ditembak di 20 lokasi dalam operasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ berkata operasi bermula jam 7 pagi hingga 9 malam itu bagi mengurangkan populasi haiwan berkenaan yang menimbulkan kacau ganggu.

Azfarizal Abdul Rashid berkata operasi yang membabitkan 56 peserta itu juga bertujuan meningkatkan tahap kebersihan di kawasan bandar raya terbabit.

"MBSJ juga menyeru orang ramai untuk menjaga kebersihan terutamanya dari aspek pembuangan dan pengurusan sampah untuk mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam disaran melayari laman sesawang MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial (facebook, instagram dan twitter) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hebahan atau perkhidmatan dalam talian yang disediakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.