ad
AGENDA

Tambah baik LRA, pengguna 188 kawasan di Hulu Selangor disaran simpan air

5 Ogos 2022, 3:16 AM

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pengguna di 188 kawasan di Hulu Selangor disaran menyimpan bekalan air secukupnya susulan gangguan air berjadual pada 9 hingga 11 Ogos, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi itu memaklumkan gangguan bekalan berkenaan susulan kerja penambahbaikan aset dan selenggara sistem bekalan air di loji rawatan air (LRA) Sungai Rasa mulai jam 9 pagi pada 9 Ogos.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi 11 Ogos. Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” katanya di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan pihaknya akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300 selain membuat aduan laman sesawang http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang terjejas bekalan air seperti berikut:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.