ad
PBT

Penyanyi Aina Abdul, Jamal Abdillah meriahkan Karnival Kuala Selangor Ahad ini

4 Ogos 2022, 4:54 AM
Penyanyi Aina Abdul, Jamal Abdillah meriahkan Karnival Kuala Selangor Ahad ini
Penyanyi Aina Abdul, Jamal Abdillah meriahkan Karnival Kuala Selangor Ahad ini

SHAH ALAM, 4 OGOS: Karnival Kuala Selangor 2022 bakal berlangsung mulai esok hingga Ahad ini di tujuh lokasi di daerah Kuala Selangor.

Menurut Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) karnival berkenaan adalah bersempena sambutan ulang tahun pertama pihak berkuasa tempatan itu.

"Karnival ini menyasarkan rakyat dari seluruh Selangor dan ia menyediakan pelbagai aktiviti membabitkan komuniti, alam sekitar dan sukan serta pengisian rohani.

"Justeru, orang ramai diminta tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti disediakan kerana hadiah menarik dan cabutan bertuah turut ditawarkan kepada peserta," kongsi MPKS di Facebook.

Sementara itu, penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato' Jamal Abdillah dan Aina Abdul bakal memeriahkan hari kemuncak karnival pada Ahad ini bertempat di Dragonfly Park @Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam.

"Malam kemuncak karnival akan dimeriahkan dengan persembahan bunga api dan cabutan bertuah eksklusif. Pastikan anda hadir untuk bersama-sama merasai kemeriahan Karnival Kuala Selangor 2022!," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.