ad
AGENDA

Amirudin terus pimpin KEADILAN Selangor, Rafizi ketuai Wilayah Persekutuan

3 Ogos 2022, 12:36 PM
Amirudin terus pimpin KEADILAN Selangor, Rafizi ketuai Wilayah Persekutuan

SHAH ALAM, 3 OGOS: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sepakat menerima pelantikan Dato' Seri Amirudin Shari terus mengetuai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu di Selangor.

Menurut Presiden KEADILAN keputusan mesyuarat bersama Ketua Cabang KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan juga bersetuju pelantikan Rafizi Ramli sebagai pengerusi MPN Wilayah Persekutuan.

"Dalam mesyuarat tersebut kesemua Ketua Cabang di Selangor bersetuju dengan pelantikan Amirudin Shari sebagai pengerusi MPN Selangor.

"Sementara itu semua Ketua Cabang Wilayah Persekutuan pula bersetuju dengan pelantikan Rafizi Ramli sebagai pengerusi MPN Wilayah Persekutuan," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan di Facebook.

Beliau juga yakin pelantikan tersebut dapat membantu parti itu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.