ad
ADN

Jawatankuasa Sekuriti Makanan perkasa sektor pertanian negeri

3 Ogos 2022, 2:20 AM
Jawatankuasa Sekuriti Makanan perkasa sektor pertanian negeri

SHAH ALAM, 3 OGOS: Jawatankuasa Sekuriti Makanan akan ditubuhkan bagi memberi nasihat berhubung pelaksanaan rantaian bekalan makanan negeri ini, kata EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani.

Ir Izham Hashim berkata mengikut cadangan awal jawatankuasa itu akan diberikan beliau sendiri, selain dianggotai EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail serta EXCO Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan juga akan dianggotai jabatan, agensi dan anak syarikat berkaitan pertanian makanan, pihak industri, institusi pengajian tinggi awam dan swasta selain golongan profesional.

"Dalam perbincangan awal juga ada mencadangkan mengenai kepentingan mewujudkan data lebih tepat berkaitan sektor pertanian dan memberi tumpuan kepada aspek pengeluaran, logistik serta pemasaran iaitu elemen dalam dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA)," katanya.

Menjawab pertanyaan wakil rakyat Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong dalam sidang Dewan Negeri Selangor semalam, Ir Izham berkata jawatankuasa terbabit menekankan aspek makanan, kemampuan selain kebolehcapaian harga.

"Paling penting aspek guna tanah, penyediaan benih dan baka, sokongan makanan selain penyimpanan serta pemasaran yang perlu diberi perhatian supaya rantaian bekalan makanan dapat dilaksanakan dengan baik.

"Keperluan mewujudkan jawatankuasa ini akan diperbincangkan dengan lebih mendalam dalam masa terdekat bagi memastikan ia boleh dilaksanakan secara holistik," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.