ad
PBT

Syarikat dikompaun buang sampah perniagaan di bahu jalan

2 Ogos 2022, 5:39 AM
Syarikat dikompaun buang sampah perniagaan di bahu jalan

SHAH ALAM, 2 OGOS: Sebuah syarikat beralamat di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang dikompaun selepas didapati membuang sampah perniagaan di bahu jalan.

Jabatan Perkhidmatan Persekitaran Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi Ops Buang mengesan pembuangan longgokan sampah berupa makanan berbungkus yang tamat tempoh.

"Pasukan mengeluarkan satu kompaun kepada syarikat yang beralamat di Bandar Sultan Suleiman atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MPK) 2007.

"Ia kerana meletakkan sampah sarap iaitu sampah perniagaan di suatu tempat yang tidak dikhaskan oleh pihak majlis," tulisnya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.