ad
AGENDA

Skuad bola keranjang kerusi roda tempah slot ke separuh akhir

1 Ogos 2022, 12:03 AM
Skuad bola keranjang kerusi roda tempah slot ke separuh akhir

BIRMINGHAM, 1 OGOS: Skuad bola keranjang berkerusi roda lelaki negara mempamerkan aksi cemerlang apabila mengesahkan slot ke separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini.

Selepas dikecewakan dengan kekalahan 9-19 kepada pasukan tuan rumah, England, pada aksi pembukaan semalam, pasukan negara bangkit bertenaga untuk membenam Afrika Selatan 13-6 di Smithfield.

Kemaraan ke separuh akhir itu menyaksikan skuad negara bakal berdepan Kanada pada 9 malam esok waktu tempatan atau 4 pagi Selasa di Malaysia.

Pada aksi hari ini, Ahmad Nazri Hamdah beraksi cemerlang apabila menyumbangkan lima mata kepada pasukan negara, selain Freday Tan Yei Bing (4), Muhamad Atib Zakaria (3) dan satu mata oleh Muhammad Roozaimi Johari.

Ketua Jurulatih negara, Lim Ming Lip, berkata, kejayaan mara ke separuh akhir menaikkan semangat anak buahnya untuk mempamerkan aksi terbaik apabila bertemu Kanada.

“Ini kali pertama kami bertanding di Sukan Komanwel. Pemain sangat teruja dan akan cuba memberikan yang terbaik kerana jika menang di separuh akhir sudah menjanjikan pingat,” katanya.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.