ad
AGENDA

MB serah sumbangan kepada veteran tentera, polis sempena Hari Pahlawan

31 Jul 2022, 11:47 AM
MB serah sumbangan kepada veteran tentera, polis sempena Hari Pahlawan

GOMBAK, 31 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan RM100,000 kepada dua persatuan sempena sambutan Hari Pahlawan hari ini.

Sumbangan sebanyak RM50,000 itu diserahkan kepada wakil Persatuan Bekas Polis Malaysia Selangor iaitu Rosli Hashim manakala Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Selangor kepada wakilnya Mohd Din Hosin.

Majlis penyerahan diadakan pada program Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves di sini.

Amirudin dalam ucapannya berkata sumbangan itu adalah tanda hormat, sokongan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada anggota keselamatan yang banyak berkorban mempertahankan kedaulatan sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Dalam majlis sama, wakil rakyat Sungai Tua itu turut melancarkan kempen Hari Kemerdekaan sempena sambutannya pada 31 Ogos ini.

Pada sambutan tahun ini Selangor memilih tema #Kita Selangor Teguh Bersama yang membawa maksud kebersamaan dan keberanian rakyat di pelbagai peringkat dalam menghadapi cabaran melanda.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.